Inovasi pengurusan kelas terancang,PnP

   
Sudah terang lagi bersuluh, perlaksanaan pengurusan kelas terancang telah banyak memberi manfaat kepada semua pelajar di Malaysia. Kelas terancang memberikan peluang kepada semua pelajar untuk mendapatkan informasi yang terbaik pada waktu pengajaran. Hal ini demikian kerana perbezaan individu memberikan kesan yang besar terhadap kepelbagaian tingkah laku dalam bilik darjah.Dalam pengajaran terancang, setiap murid akan belajar mengikut kemampuan dan cara yang tersendiri. Guru perlu mahir dalam menyusun strategi perancang yang logic tanpa merujuk kepada buku teks. Terdapat juga jenis pengajaran terancang, iaitu jenis linear, semua murid dikehendaki mendaoatkan bahan yang sama, tetapi membuat kerja mengikut kadar yang sendiri. Murid akan mendapat maklum balas dengan segera dari guru tentang apa dibuat. Jenis bercabang ialah pengajaran terancang yang disusun agar murid yang cekap dapat mengikutnya dengan cepat. Jenis penyesuain pula ialah yang dianggap tercanggih melalui penggunaan komputer bagi megawal tahap kebolehan individu. Persoalanya, apakah contoh pengurusan kelas terancang dengan jenis penyesuaian   yang boleh diggunakan oleh guru untuk pelajar?

Antara inovasi yang boleh digunakan ialah Frog VLE. Frog VLE boleh link ke internet. boleh membenarkan pelajar dalam satu kelas menaip dan hasilnya dipaparkan pada skrin cikgu. setiap pelajar dibezakan dengan warna tulisan. warna tulisan ditentukan oleh skrin. Jadi, guru boleh mengetahui mana-mana pelajar yang sedang menaip. Selain itu, melalui VLE tugasan boleh dicapai oleh pelajar pada bila-bila masa dan di mana sahaja asalkan ada capaian internet.


Ditinjau dari dimensi yang lain, inovasinya ialah Google Drive. Google Drive boleh menjadikan fail-fail pengajaran dan pembelajaran selari di dalam komputer, tablet dan telefon pintar. Guru tidak perlu membawa komputer riba yang berat, hanya dengan telefon pintar. Guru boleh mencapai fail pengajaran dengan menggunakan wayar USB dan sambungkan ke pemancar(projector) yang berada di dalam kelas dan pembelajaran dapat dilaksanakan.
Google Drive juga boleh menyimpan pelbagai jenis fail seperti video, gambar dan fail Microsoft Office Word dan Powerpoint.


Mauduk seterusnya ialah guru boleh membuat kumpulan sembang antara murid kelas dalam applikasi sosial seperti Telegram. Telegram boleh memuatkan 200 pengguna atas talian dalam satu group dalam satu masa yang sama. Guru boleh memberikan tugasan dan kerja rumah kepada pelajar lalu menyemaknya. Sebagai contoh, pelajar boleh menghantar gambar tugasan yang sudah siap dan guru boleh terus menyemak tugasan tersebut.


                   

No comments:

Post a Comment