Penyelesaian masalah isu berkaitan sekolah

Kemahiran Penyelesaian Masalah Tajuk : Kemudahan ICT Isu : Kekurangan Kemudahan ICT Di Sekolah-Sekolah Di Malaysia1. Apakah masalah yang wujud? Kekurangan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti projektor, LCD, capaian internet dan komputer di sekolah telah melambatkan usaha untuk melakukan tranformasi aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Di abad ke-21, ICT memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan penguasaan pelajar untuk mengusai pengetahuan yang lebih luas. Selain itu, dengan penggunaan teknologi, ia dapat membantu pelajar membina pengetahuan kendiri melalui P&P berasaskan pembelajaran kemahiran berfikir iaitu pengajaran guru beralih daripada pengajaran memindahkan pengetahuan kepada proses membina pengetahuan.2. Kenapakah berlakunya masalah tersebut? 

Terdapat beberapa sebab kenapa berlakunya masalah kekurangan kemudahan ICT di sekolah-sekolah di Malaysia. Yang pertama, walaupun kerajaan telah membekalkan peralatan dan kemudahan ICT di sekolah-sekolah, namun begitu bilangan yang dibekalkan itu tidak seimbang dengan bilangan pelajar yang berada di sesebuah sekolah itu menyebabkan bilangan guru dan pelajar yang dapat mengakses dan menggunakan kemudahan ICT tersebut pada suatu-suatu masa adalah terhad. 

Kedua, kemudahan ICT yang dibekalkan ke sekolah-sekolah tersebut tidak diselenggara dengan baik menyebabkan sebilangan atau banyak kemudahan tersebut yang rosak dan tidak dapat digunakan oleh guru dan pelajar. Ia mungkin disebabkan bilangan guru yang terlatih dalam ICT adalah kurang atau disebabkan tiada jawatan juruteknik yang mahir dengan ICT di sekolah-sekolah untuk melakukan penyelenggaraan dan baikpulih kemudahan ICT yang dibekalkan oleh kerajaan.

Ketiga, perisian komputer yang sesuai untuk digunakan semasa aktivitipengajaran dan pembelajaran adalah sukar diperolehi. Sesetengah perisianmemerlukan pengguna untuk membeli lesen sebelum dapat menggunakanperisian tersebut. Malangnya bayaran untuk mendapatkan lesen tersebut adalahtinggi dan diluar kemampuan para guru serta pihak sekolah. Tanpa peruntukandaripada kerajaan, guru melalui pihak sekolah tidak dapat menggunakan perisianyang dikehendaki untuk memudahkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kekurangan Kemudahan ICT Di Sekolah Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah kekurangan kemudahan ICT di sekolah? Cadangan Penyelesaian Kerajaan dan pihak sekolah perlu bekerjasama dengan pihak swasta dalam mencari tajaan untuk mendapatkan kemudahan ICT yang mencukupi. Menyediakan latihan berkenaan ICT seperti aspek penyelenggaraan dan baik pulih kepada guru. Mewujudkan jawatan juteknik di sekolah yang akan mengawal selia, menyelenggara, dan sebagainya yang berkaitan kemudahan ICT. Mendapatkan perisian yang sesuai sama ada perisian percuma atau mendapatkan dana untuk membeli lesen perisian berbayar.


Cadangan pertama ialah bekerjasama dengan pihak swasta.Kelebihan Kekurangan• Pihak swasta dapat menjalankan • Syarikat-syarikat besar kebanyakan tanggungjawab sosial korporat hanya tertumpu di kawasan bandar (CSR) dengan menaja kemudahan menyebabkan sekolah luar bandar ICT di sekolah-sekolah sukar mencari penaja.• Nisbah bilangan kemudahan ICT kepada bilangan pelajar adalah seimbang.• Peluang untuk para guru serta pelajar menggunakan kemudahan ICT lebih tinggi.Dapat memastikan pembahagian kemudahan ICT yang lebih sama rata ke sekolah-sekolah. 

Cadangan 2 : Menyediakan latihan kepada guru Kelebihan Kekurangan• Penyelenggaraan atau baik pulih • Beban kerja guru bertambah. kemudahan ICT lebih cepat dibuat • Kos untuk memberikan latihan memandangkan ia tidak perlu kepada guru yang tinggi. dihantar ke pusat servis tetapi • Guru perlu meluangkan lebih masa dibuat oleh guru. pergi ke kursus untuk mendapatlan• Guru mendapat kemahiran latihan berkaitan ICT tambahan.


Cadangan 3 : Mewujudkan jawatan juruteknik ICT di sekolah.Kelebihan Kekurangan• Kemudahan ICT sentiasa berada • Kerajaan perlu mengeluarkan dalam keadaan baik dan sempurna. peruntukan kewangan untuk• Penyelenggaraan atau baik pulih mewujudkan jawatan baru. kemudahan ICT lebih cepat dibuat memandangkan ia tidak perlu dihantar ke pusat servis tetapi dibuat oleh juruteknik tersebut.• Guru hanya menumpukan perhatian kepada mengajar tanpa perlu risau akan keadaan kemudahan ICT. 

Cadangan 4 : Mendapatkan perisian yang sesuaiKelebihan Kekurangan• Guru dapat merancang aktiviti • Kos untuk mendapatkan lesen bagi pengajaran dan pembelajaran yang perisian berbayar adalah tinggi. lebih sempurna. • Spesifikasi kemudahan ICT seperti• Pemahaman pelajar mengenai komputer perlu memenuhi sesuatu topik meningkat dengan keperluan minimum perisian penggunaan perisian yang sesuai. tersebut.

Akhirulkalam, mewujudkan bekerjasama menyediakan mendapatkan jawatan dengan pihak latihan perisian yang juruteknik di swasta kepada guru sesuai sekolah Penyelesaian Terbaik Setelah meneliti kekuatan dan kelemahan bagi setiap cadangan yang dikemukakan, langkah penyelesaian terbaik yang boleh diambil ialah pihak kerajaan dan pihak sekolah perlu bekerjasama dengan pihak swasta dalam mendapatkan penajaan bagi kemudahan ICT di sekolah-sekolah. Ini kerana ia merupakan situasi ‘menang-menang’ antara pihak sekolah dalam menyediakan kemudahan ICT yang secukupnya kepada para guru dan pelajar serta bagi pihak swasta agar dapat menyumbang kembali keuntungan yang mereka perolehi kepada masyarakat. Pihak kerajaan pula tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan yang besar bagi memastikan kemudahan ICT yang mencukupi bagi setiap sekolah dan boleh menumpukan pembangunan aspek lain dalam pendidikan.

No comments:

Post a Comment